Zii Jia menentang pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon  pada hari kedua Kejohanan Terbuka Malaysia. FOTO Syarafiq Abd Samad.
Zii Jia menentang pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon pada hari kedua Kejohanan Terbuka Malaysia. FOTO Syarafiq Abd Samad.
BERNAMA

CABARAN negara dalam acara perseorangan lelaki Terbuka Malaysia berakhir seawal pusingan pertama selepas Lee Zii Jia tewas kepada pemain Thailand dalam pertarungan selama 65 minit di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini.

Sandaran kepada Zii Jia untuk memenuhi harapan peminat, dengan ketiadaan jaguh negara Datuk Lee Chong Wei, musnah apabila kalah kepada pemain ranking ke-33 dunia, Suppanyu Avihingsanon 21-17, 19-21, 21-15.

Zii Jia, yang menghuni ranking ke-23 dunia berkata, dia mengakui faktor keyakinan melampau menjadi punca kegagalannya beraksi dengan baik terutama di set penentuan.

“Selepas undian keluar ramai cakap lawan saya ini senang jadi ia sedikit sebanyak membuatkan saya turun beraksi hari ini dengan keyakinan yang tinggi. Mungkin saya tewas kerana terlalu yakin.

“Saya minta maaf kepada semua penyokong tetapi menang atau kalah adalah perkara biasa bagi seseorang pemain muda seperti saya. Saya harap ini menjadi pengajaran berguna kepada saya sebelum menghadapi Terbuka Singapura minggu depan,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek menyifatkan Zee Jia kini semakin hampir setanding dengan barisan jaguh dunia.

Meskipun tewas kepada lawan di ranking lebih rendah, Misbun tetap berpuas hati dengan permainan ditampilkan anak buahnya itu, namun mengakui Zee Jia berpotensi memenangi perlawanan sekiranya berjaya mengawal emosi.

“Memang kita harapkan begitu lah (menang), tetapi apabila seseorang pemain yang sedang cuba menapak masuk ke peringkat elit ini lah risiko dia. Kestabilan dari segi perasaan dan mental itu penting.

“Secara keseluruhan beliau (Zee Jia) bermain dengan bagus tetapi ada sedikit masalah di pertengahan yang menjadi kesilapan sehingga membolehkan pihak lawan mengambil kesempatan. Apa yang dia harus ambil iktibar di peringkat seperti ini adalah menggunakan segala diajar dalam latihan untuk adaptasikan beberapa jenis permainan ketika berdepan lawan,” katanya.

Terdahulu, pemain profesional negara, Chong Wei Feng, turut gagal mara ke pusingan kedua apabila gagal menyaingi kehebatan pencabar dari Jepun, Kanta Tsuneyama 21-12, 21-12 dalam tempoh 35 minit.

Keputusan Badminton Terbuka Malaysia :

Perseorangan Lelaki:

Kidambi Srikanth (IND) mn Ihsan Maulana Mustofa (INA) 21-18, 21-16

Lin Dan (CHN) mn Chou Tien Chen (TPE) 13-21, 21-19, 21-19

Viktor Axelsen (DEN) mn Wang Tzu Wei (TPE) 21-14, 22-20

Suppanyu Avihingsanon (THA) mn LEE ZII JIA (MAS) 21-17, 19-21, 21-15

Perseorangan Wanita:

GOH JIN WEI (MAS) mn Nitchaon Jindapol (THA) 21-13, 21-12

Pusarla V.Sindhu (IND) mn Aya Ohori (JPN) 22-20, 21-12

Pornpawee Chochuwong (THA) mn Saina Nehwal (IND) 20-22, 21-15, 21-10

Zhang Beiwen (USA) mn Cheung Ngan Yi (HKG) 21-17, 21-11

Ratchanok Intanon (THA) mn Gregoria Mariska Tunjung (INA) 21-12, 21-16

Beregu Lelaki:

Han Chengkai-Zhou Haodong (CHN) mn Manu Attri-B.Sumeeth Reddy (IND) 21-16, 21-16

Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (JPN) mn Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe (JPN) 17-21, 24-22, 21-9

Takuto Inoue-Yuki Kaneko (JPN) mn Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov (RUS) 21-15, 21-13

Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (INA) mn Li Yang-Wang Chi-Lin (TPE) 21-13, 21-12

ONG YEW SIN-TEO EE YI (MAS) mn Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh (THA) 21-17, 21-19

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (MAS) mn Marcus Ellis-Chris Langridge (ENG) 21-14, 21-19

Beregu wanita:

Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (THA) mn CHOW MEI KUAN-LEE MENG YEAN (MAS) 12-21, 21-10, 21-15

Ekaterina Bolotova-Alina Davletova (RUS) mn Hsu Ya Ching-Hu Ling Fang (TPE) 21-11, 22-20

Yuki Fukushima-Sayaka Hirota (JPN) mn Chloe Birch-Lauren Smith (ENG) 21-13, 21-15

Beregu Campuran:

Lu Kai-Chen Lu (CHN) mn Muhamad Arif Ab Latif (MAS)-Rusydina Antardayu Riodingin (INA) 21-5, 21-13

Zheng Siwei-Huang Yaqiong (CHN) mn He Jiting-Du Yue (CHN) 21-16, 21-16

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 12:20 AM