Peng Soon dan Liu Ying (kanan) mara ke final Terbuka New Zealand. FOTO NSTP.
Peng Soon dan Liu Ying (kanan) mara ke final Terbuka New Zealand. FOTO NSTP.
Ferzalfie Fauzi


BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menewaskan pasangan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja 21-14, 21-18 untuk mara ke peringkat akhir Terbuka New Zealand hari ini.

Peng Soon-Liu Ying akan berdepan beregu campuran dari Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti.

Praveen-Melati yang juga pilihan kelima kejohanan mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan wakil Taiwan, Wang Chi Lin-Cheng Chi Ya 21-12, 23-21.

Peng Soon-Liu Ying harus berhati-hati untuk berdepan pasangan nombor sembilan dunia itu, selepas mereka hanya menang sekali dalam empat pertemuan sebelum ini.

"Kami pernah kalah sebanyak tiga kali ketika berdepan mereka (Praveen-Melati) dan saya harap esok kami mampu memberikan permainan terbaik, itu saja yang saya harapkan," kata Liu Ying.

Sejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun lalu ini adalah kali kedua Peng Soon-Liu Ying berjaya mara ke perlawanan akhir.

Januari lalu mereka layak ke final Masters Thailand dan muncul juara selepas menumbangkan wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-16, 21-15.

Sementara itu, beregu lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tumpas kepada Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 19-21, 21-18, 14-21.

Keputusan separuh akhir Terbuka New Zealand

Perseorangan lelaki

Jonatan Christie (INA) mn Kanta Tsuneyama (JPN) 21-12, 21-15

Ng Ka Long (HKG) mn Lin Dan (CHN) 21-13, 21-11

Beregu lelaki

Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe (JPN) mn Takeshi KAMURA-Keigo Sonoda (JPN) 21-12, 23-21

Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (INA) mn Goh V Shem-Tan Wee Kiong (MAS) 21-19, 18-21, 21-14

Perseorangan wanita

An Se Young (KOR) mn Aya Ohori (JPN) 21-17, 19-21, 21-13Li Xuerui (CHN) mn Akane Yamaguchi (JPN) 13-21, 21-19, 21-13

Beregu wanita

Kim So Yeong-Kong Hee Yong (KOR) mn Yuki Fukushima-Sayaka Hirota (JPN) 18-21, 24-22, 21-18

Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (JPN) mn Dong Wenjing-Feng Xueying (CHN) 23-21, 21-19

Beregu campuran

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (MAS) mn Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja (INA) 21-14, 21-18Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti (INA) Wang Chi-Lin-Cheng Chi Ya (TPE) 21-12, 23-21

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 7:41 PM