HM Digital

Pengkhianat Melayu, murtad dan jalang. Itu antara tohmahan yang pernah dilabelkan kepadanya apabila dia memilih parti DAP sebagai wadah perjuangan politik.

Tabah menerima semua dugaan itu, Young Syefura Othman, 28, atau mesra dengan panggilan Rara mengejutkan banyak pihak apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Kenali lebih dekat siapa sebenarnya Rara, mengapa dia bernaung di bawah DAP yang kerap dilabel parti orang Cina dan apa misi serta visinya sebagai wakil rakyat, sebagaimana diceritakan kepada wartawan SURAYA ROSLAN.

Boleh ceritakan latar belakang Yang Berhormat (YB)?

Saya belajar Diploma Kejururawatan dan bekerja setahun sebagai jururawat peribadi kemudian saya buka Klinik Rawatan Alternatif Bekam dan Akupuntur di Puncak Alam bersama abang.

Selepas aktif politik, saya tinggalkan kerjaya itu sebab kena jadi Penyelaras Impian Kelantan dalam tempoh enam bulan.

Saya bekerja sekejap dengan Exco Selangor kemudian saya jadi Ahli Majlis (Perbandaran Kajang) dua tahun dan hari ini sebagai wakil rakyat DUN Ketari.

Saya orang biasa saja dari keluarga biasa, ayah kakitangan kerajaan, emak suri rumah manakala adik beradik tujuh orang dan saya seorang saja perempuan dan agak lasak sedikit.

Saya sudah berkahwin hampir dua tahun dan belum ada anak. Suami berusia 31 tahun dan orang Temerloh dan disebabkan itu juga saya dihantar ke sini. Tiada apa yang special (istimewa) sangat.

Dapatkan berita penuh di akhbar Metro Ahad hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Jun 2018 @ 7:00 AM