PENGERUSI Surau Sutera Prima, Khairul Anuar Ishak (baju merah) menyerahkan naskah al Quran kepada Ibrahim Yip (baju melayu putih). IHSAN Surau Sutera
PENGERUSI Surau Sutera Prima, Khairul Anuar Ishak (baju merah) menyerahkan naskah al Quran kepada Ibrahim Yip (baju melayu putih). IHSAN Surau Sutera
Shamsul Munir Safini


“HADIAH istimewa sempena hari lahir", itu kata Yip Yew Fai, 26, selepas melafazkan dua kalimah syahadah pada hari kelahirannya, hari ini.

Yip yang juga eksekutif pengeluaran itu menyambut hari lahirnya dan memelk Islam di Surau Sutera Prima, Seberang Jaya.

Katanya, tiada hadiah yang lebih istimewa dibandingkan dengan hidayah Islam.

Dia yang kini dikenali Ibrahim Yip, berkata majlis pengislamannya juga diadakan pada hari kedua Aidiladha bagi mengambil semangat pengorbanan yang tersirat pada sambutan itu.

"Saya sudah lama mengenali dan belajar mengenai Islam daripada beberapa rakan.

“Malah, pernah berkenalan dengan seorang gadis Melayu namun belum berkesempatan untuk mengucap dua kalimah syahadah.

"Tapi, hari ini, saya membuat keputusan memeluk Islam di surau ini sebagai hadiah ulang tahun kelahiran saya sambil disaksikan oleh jemaah yang mengadakan majlis korban di sini," katanya.

Menurutnya, walaupun masih belum memaklumkan kepada ahli keluarga, dia yakin tiada halangan daripada mereka kerana ibunya sendiri memberi kebebasan kepadanya untuk memeluk Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 3:19 PM