WALARI (kiri) mengucap syahadah dihadapan Amran sebelum akad nikah dengan gadis Orang Asli pilihannya, hari ini.
WALARI (kiri) mengucap syahadah dihadapan Amran sebelum akad nikah dengan gadis Orang Asli pilihannya, hari ini.
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Ketenangan selepas mengucap dua kalimah syahadah membawa berkat kepada lelaki Orang Asli apabila sah bergelar suami dengan sekali lafaz pada pernikahan di majlis sama, hari ini.

Walari Ibrahim, 22, berasal dari Kampung Kuala Betis, dekat sini, memeluk Islam di hadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Amran Ariffin.

Menurutnya, dia memang gementar kerana selepas mengucap dua kalimah syahadah, dia perlu melaksanakan majlis akad nikah pula.

"Alhamdulillah, selepas mengucap dua kalimah syahadah, saya merasa tenang dan dengan sekali lafaz sudah sah menjadi suami kepada Nurul Nursyafika Yahya, 21.

"Nurul Nursyafika adalah Orang Asli dari kampung sama dan dia sudah lama memeluk Islam. Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk memeluk Islam dan ia ditunaikan pada hari ini.

"Ini berikutan hanya tinggal saya seorang daripada 12 adik beradik belum berbuat demikian dan bapa saya, Ibrahim Marijan sudah memeluk Islam tiga bulan lalu," katanya ketika ditemui di Surau Kuala Betis, hari ini.

Walari berkata, dia dan isteri akan mendalami agama Islam di Surau Kuala Betis supaya dapat membina keluarga diberkati dan sentiasa mendapat bimbingan daripada adik beradiknya.

Katanya, dia banyak belajar dan mendalami Islam menerusi guru agama dilantik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sementara itu, Amran berkata, kesedaran masyarakat Orang Asli untuk memeluk Islam semakin bertambah sejak kebelakangan ini termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 4:17 PM