SWIFT ketika sidang media berhampiran USS John S McCain dan USS America di Singapura. FOTO Reuters
SWIFT ketika sidang media berhampiran USS John S McCain dan USS America di Singapura. FOTO Reuters
Reuters

PENYELAM operasi mencari dan menyelamat kelasi USS John S McCain yang hilang selepas pelanggaran dengan kapal tangki minyak semalam, menemui mayat di dalam kapal itu, hari ini.

Komander Pangkalan Pasifik Amerika Syarikat (AS),

Laksamana Scott Swift berkata, mayat mangsa ditemui dalam bahagian kapal yang ditutup selepas pelanggaran itu.

“Penyelam berjaya menemui mayat ketika operasi pencarian hari ini di dalam bahagian kapal yang ditutup,” kata Swift kepada media di Pangkalan Tentera Laut Changi di Singapura.

Katanya, Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) juga sedang berusaha mengenal pasti identiti mayat yang ditemui Tentera Laut Diraja Malaysia bagi menentukan jika mayat tersebut adalah satu daripada 10 kelasi yang hilang.

Kapal USS John S McCain berlabuh di sini susulan kemalangan itu.

Dalam kejadian semalam, kapal pemusnah peluru berpandu itu berlanggar dengan kapal dagang Liberia, Alnic MC di perairan Teluk Ramunia.

Impak itu menyebabkan air memasuki bahagian kapal itu termasuk tempat tinggal kru dimasuki air akibat lubang pada bahagian kiri kapal.

Berita berkaitan:

Kawasan pencarian diperluaskan

10 anak kapal USS John S McCain hilang

Insiden kedua kapal USS berlanggar

TLDM, APMM bantu cari kelasi

4 sektor pencarian

Tiada tumpahan minyak

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 8:13 PM