SEMBILAN maut tanah runtuh di Nepal. FOTO Agensi/VOA
SEMBILAN maut tanah runtuh di Nepal. FOTO Agensi/VOA
Reuters

Kathmandu: Sekurang-kurangnya sembilan termasuk tiga kanak-kanak maut akibat tanah runtuh susulan hujan lebat pada peralihan monsun di barat Nepal, kata pegawai pada Sabtu.

Lima sekeluarga dikatakan sedang tidur ketika rumah mereka dilanda tanah runtuh di Kampung Malika dalam daerah Gulmi, kira-kira 250 kilometer (km) di barat Kathmandu, menurut jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan, Dizan Bhattarai.

"Mayat kelima-lima mangsa sudah ditemui, kata Bhattarai kepada Reuters, sambil menambah keluarga itu termasuk dua kanak-kanak.

Di kejiranan daerah Syangja pula, seorang wanita dan anak perempuan berusia tiga tahun maut apabila rumah mereka dilanda tanah runtuh.

Sementara di daerah Baglung bersempadan dengan Gulmi, dua maut dalam satu lagi kejadian tanah runtuh.

Sekurang-kurangnya 35 orang di seluruh Nepal maut dalam kejadian tanah runtuh, banjir dan banjir kilat sejak pertengahan Jun apabila musim hujan tahunan bermula.

Hujan biasanya berterusan sehingga pertengahan September.

Tanah runtuh dan banjir kilat adalah kejadian biasa di Nepal yang bentuk muka buminya bergunung-ganang pada musim monsun dan menyebabkan kematian ratusan orang setiap tahun

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 3:08 PM