Mohd Fadzli Kamal (kanan) mengetuai KD Lekiu dalam usaha mencari anak kapal USS John S McCain yang hilang di perairan Teluk Ramunia. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohd Fadzli Kamal (kanan) mengetuai KD Lekiu dalam usaha mencari anak kapal USS John S McCain yang hilang di perairan Teluk Ramunia. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Ibrahim Isa


TIADA mangsa lain ditemui pasukan Carilamat anak kapal USS John S McCain yang hilang di perairan Teluk Ramunia, Johor, Isnin lalu, setakat hari ini.

Pegawai Pemerintah KD Lekiu, Kapten Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin berkata, walaupun masih belum menemui mangsa terbaru pihaknya masih menjalankan Carilamat dengan kawasan tumpuan kini disasarkan ke utara tempat kejadian.

Katanya, ia adalah kawasan seluas 360 batu nautika di utara kapal pemusnah itu berlanggar dengan kapal dagang MT Alnic Mc, Isnin lalu.

"Operasi dijalankan bermula jam 7 pagi dengan kawasan sasaran hari ketiga di kawasan utara tempat kejadian.

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya lapan zon asal kawasan carian di laut dan tiga zon kawasan carian udara masih diteruskan.

"Kami masih menggunakan aset sama dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM), helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Laut untuk mengesan mangsa," katanya ketika ditemui di KD Lekiu di sini, hari ini.

Kira-kira jam 9 pagi hari ini, pasukan TLDM menyerahkan satu mayat lelaki berkemeja dan berseluar pendek dipercayai salah seorang daripada anak kapal USS John S McCain kepada tentera laut Amerika Syarikat.

Mayat berkenaan ditemui KD Handalan kira-kira jam 3.45 petang semalam di kedudukan kira-kira 7 batu nautika dari lokasi dua kapal itu berlanggar.

Mayat itu kemudiannya dibawa ke Singapura dipercayai untuk tujuan ujian DNA bagi memastikan sama ada ia adalah milik salah seorang daripada 10 anak kapal yang hilang.

Semalam, penyelam operasi mencari dan menyelamat kelasi USS John S McCain di Pangkalan Tentera Laut Changi, Singapura, menemui satu mayat di dalam kapal itu.

Berita berkaitan:

Kawasan pencarian diperluas

KD Handalan jumpa mayat juga

Jumpa mayat dalam USS John S McCain

Kawasan pencarian diperluaskan

10 anak kapal USS John S McCain hilang

Insiden kedua kapal USS berlanggar

TLDM, APMM bantu cari kelasi

4 sektor pencarian

Tiada tumpahan minyak

[UPDATE] Serah mayat kepada tentera laut [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 9:11 PM