NORAZREENA dan Alfieya pulang ke tanah air akhir bulan ini. FOTO Ihsan Norazreena Ahmad
NORAZREENA dan Alfieya pulang ke tanah air akhir bulan ini. FOTO Ihsan Norazreena Ahmad
myMetro

Johor Bahru: Bayi perempuan, Alfieya Masri, 12 bulan, yang menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji di Sekolah Perubatan Universiti Jiao Tong, Shanghai, China pada 16 Jun lalu, bakal pulang ke negeri ini pada akhir bulan ini.

Ibunya, Norazreena Ahmad, 36, berkata, keadaan anak bongsunya semakin baik walaupun pada awalnya mengalami demam dan dipantau doktor sepanjang masa.

Menurutnya, dia yang menderma sebahagian hati untuk Alfieya masih menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

“Kami dalam keadaan stabil dan saya mampu bergerak seperti sebelumnya, manakala Alfieya juga semakin ceria serta sihat.

“Warna kekuningan di mata dan wajah Alfieya sudah turun dan doktor mengesahkan keadaannya semakin sembuh,” katanya menerusi perbualan aplikasi WhatsApp, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2017 @ 5:36 AM