MOHD Aswardi membantu pesakit menggunakan kerusi roda di  HSNZ. Gambar kanan, Mohd Aswardi  (kiri) dan Muhd Hazarul menguruskan pesakit.  FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
MOHD Aswardi membantu pesakit menggunakan kerusi roda di HSNZ. Gambar kanan, Mohd Aswardi (kiri) dan Muhd Hazarul menguruskan pesakit. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: “Pelbagai cemuhan yang diterima termasuk digelar lelaki pondan dan jambu ketika menyarung seragam jururawat tetapi selepas empat tahun berkhidmat, saya bangga menjadi seorang jururawat malah masyarakat kini menerima kewujudan kami,” kata Mohd Aswardi Mat Zin, 32.

Mohd Aswardi lepasan Diploma Kejururawatan dari Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Kuala Berang pada 2011 dan bermula sebagai jururawat selama setahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum berpindah ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 2015, serta ditugaskan sebagai jururawat bius di Dewan Bedah Umum hospital berkenaan.

“Pada peringkat permulaan, ramai yang mengaitkannya sebagai kerjaya lelaki lembut kerana sebelum ini lazimnya hanya wanita yang bertugas sebagai jururawat.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini, jururawat lelaki kian diterima di dalam masyarakat, malah perkhidmatan kami banyak diperlukan dalam urusan menjaga dan menguruskan pesakit terutama yang membabitkan kes yang mencabar,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah mengikuti sesi temu duga tentera dan polis, tetapi usahanya gagal sebelum mengambil keputusan untuk mengisi jawatan jururawat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 5:59 AM