Kesesakan lalulintas di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berdekatan Kompleks Pertama ketika tinjauan sekitar 10.30 malam 1 Mei. FOTO Effendy Rashid

Sukarelawan, Esther Kuok, 27, bergambar kenangan selepas menerima vaksin AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 16 Mei. FOTO Fariz Iswadi Ismail

Pokok tumbang yang memnghempap sebuah kereta dan sebuah motosikal di hadapan Muzium Negara di Jalan Travers, Kuala Lumpur menuju ke ibu kota pada 27 Mei. FOTO Mohd Yusni Ariffin

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan kerja sanitasi awam  bagi membendung penularan Covid-19 di sekitar Pasar Borong Selangor, Sri Kembangan pada 30 Mei. FOTO Hazreen Mohamad

Penduduk kampung bekerjasama menyalakan 2,021 pelita pada 8 Mei yang digunakan untuk menyiapkan dekorasi sempena Hari Raya di Kampung Baru, Sri Gading, Batu Pahat, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Muhammad Tuah Anaqi Mohd Azraf menyalakan sebahagian pelita pada 8 Mei berlatarbelakang replika kapal terbang sempena Program Pelita Raya Kampung Budaya Terengganu 2021 di perkarangan Muzium Negeri Losong yang berlansung dari 6 Mei sehingga 11 Mei 2021. Pertandingan pelita raya ini sinonim dengan Terengganu menjelang malam tujuh likur mengikut prosedur operasi standard (SOP) normal baharu yang mewakili lapan daerah diberi tanggungjawab untuk menghias rumah tradisional di Kampung Budaya Terengganu mengikut kreativiti masing-masing dan hadiah menarik menanti mereka. Pelbagai replika direka mempamerkan idea kreatif antaranya berbentuk Jambatan angkat (Drawbridge), Penyu, Kapal terbang, Sotong, pintu gerbang dan monumen dengan menggunakan lampu pelita yang boleh menarik pengunjung untuk melihat dengan dekat. FOTO Ghazali Kori

Wan Omar Wan Ahmad, 82, termenung di jendela pintu rumahnya sambil mengenang perasaan sayu setiap kali menjelang 1 Syawal sejak negara ini mula dilanda pandemik Covid-19, Mac tahun lalu ketika ditemui di Kampung Pulau Sekati. Menurut Wan Omar, kali terakhir kesemua sembilan orang anaknya dapat berkumpul bersama-sama menyambut Aidilfitri adalah pada 2018. Tiga tahun berlalu, Wan Omar dan isteri, Zainab Mamat, 73, hanya melakukan persiapan ala kadar dan tidak semeriah dahulu tanpa kehadiran 34 orang cucu serta tiga cicitnya.  FOTO Ghazali Kori

Nor Fazilah Deris, 33,  ditemani anaknya  Muhammad Danish Anaqi , 8, dan Muhammad Dinie Asyraf, 6, membuat panggilan video dari Senai, Johor bersama suaminya Muhammad Razi Abdul Ghani, 34, yang berada di Singapura ketika waktu berbuka puasa bersama-sama pada 2 Mei. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Pasangan kembar, Erma Harlina Zullkifli 37 (kanan) yang menetap di Nilai, bertukar juadah dengan Erme Harlini Zullkifli 37, pada 13 Mei di Sekatan Jalan Raya (SJR) berhampiran sempadan daerah Sepang dan Nilai apabila mereka berdua yang tinggal di daerah bersebelahan tidak dapat beraya bersama untuk tempoh dua tahun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika tinjauan sambutan Aidilfitri di Salak Tinggi, Sepang. FOTO Aizuddin Saad

Umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di luar perkarangan Masjid Negara pada 13 Mei dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu pemakaian pelitup muka, penjagaan penjarakan fizikal dan membawa keperluan solat sendiri. FOTO Hairul Anuar Rahim

Bermula 7.30 malam hingga 12 tengah malam dari 15 Mei hingga 22 Mei 2021 pihak Menara Kuala Lumpur melimpahkan cahaya lampu berwarna bendera Palestine sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia susulan serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin. FOTO Mohd Yusni Ariffin

Petugas kesihatan keletihan selepas melakukan pengebumian seorang pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada 22 Mei.FOTO Aizuddin Saad

Aliran trafik tinggi menuju ke ibu kota dari Lebuhraya PLUS disebabkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur pada 31 Mei. FOTO Zulfadhli Zulkifli

Seramai 648 pelajar universiti berangkat pulang ke kampung halaman pada 8 Mei sempena cuti Aidilfitri di perkarangan Padang Kawad Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong

Petir menyambar di sekitar Georgetown, pada 10 Mei ketika hujan lebat. Malaysia melalui tempoh peralihan monsun yang menyebabkan ribut petir serta hujan lebat bermula pada 19 Mei 2021 dan akan berterusan sehingga pertengahan September 2021. FOTO Mikail Ong

Masjid Kapitan Keling di Jalan Buckingham, Georgetown, dilimpahi cahaya lampu berwarna bendera Palestin pada 20 Mei sebagai tanda sollidariti serta sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan negera Palestin terutamanya penduduk Gaza yang menjadi menjadi mangsa serangan Israel. FOTO Mikail Ong.

Orang awam beratur untuk membeli barangan keperluan di Pasar Kajang pada 29 Mei 2021 selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘Total Lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bagi 14 hari bermula 1 Jun untuk mengekang penularan virus Covid-19. FOTO Azhar Ramli

Nur Azila Azman, 34, yang lebih dikenali sebagai ‘Awek Tong Gas’ di Slim River tidak mempunyai masalah mengangkut tong gas untuk dihantar kepada pelanggan. Nur Azila turut menghantar tong gas ke sekolah, kantin, restoran dan kedai. FOTO Amirudin Sahib

NSTP

SIRI gambar terbaik dirakam jurufoto The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad pada Mei 2021.

Antara isu utama ketika ini termasuk sambutan Aidilfitri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Gambar dirakam oleh Amirudin Sahib, Mikail Ong, Azhar Ramli, Zulfadhli Zulkifli, Aizuddin Saad, Mohd Yusni Ariffin, Hairul Anuar Rahim, Aizuddin Saad, Nur Aisyah Mazalan, Ghazali Kori, Hazreen Mohamad dan Mohd Yusni Ariffin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 4:59 PM