TAMAN Herba Tropika di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang itu mula beroperasi pada November 2003.
TAMAN Herba Tropika di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang itu mula beroperasi pada November 2003.
myMetro

Taman Herba Tropika, Pulau Pinang diwujudkan di atas tapak yang dulunya ladang getah terbiar sepanjang pantai bahagian utara.

Taman itu adalah hasil cetusan David Wilkinson dan Rebecca Wilkinson inspirasi taman menenangkan dengan suasana tropika.

Mula dibuka pada November 2003, taman itu mengetengahkan lebih 500 flora dan fauna eksotik (khusus pada rempah) dari seluruh dunia.

Taman dengan keluasan sekitar 3.2 hektar itu sudah menjadi destinasi pelancongan terkemuka dengan memenangi anugerah ekopelancongan Asia Tenggara selain kekal disenaraikan sebagai salah satu lokasi mesti dikunjungi di Pulau Pinang.

Terdapat pelbagai taman dan laluan mengikut tema tersendiri untuk tatapan pengunjung antaranya Taman Air (Water Garden), Bilik Cycad (Cycad Room), Taman Pisang atau Heliconia (Banana or Heliconia Bank), Lereng Rempah-Ratus (Spice Terraces) dan Taman Buluh (Bamboo Garden).

Selain itu, pengunjung juga berkesempatan singgah ke Laluan Halia (Ginger Walk), Lereng Gula (Sugar Terrace), Lembah Hiasan (Ornamental Valley), Dinding Croton (Croton Wall), Laluan Pakis (Fern Walk) dan Denai Hutan (Jungle Trail).

Pembinaannya mengambil masa sekitar setahun setengah dan taman itu mengekalkan sebanyak mungkin flora dan fauna asli di samping menjaga topografi asal supaya ia rasa seperti taman semula jadi dan tidak lapuk.

Kebanyakan pokok getah sedia ada juga dikekalkan sebagai teduhan dan perlindungan bagi tanaman habitat kecil dan untuk keselesaan pengunjung.

Waktu melawat bermula 9 pagi hingga 6 petang dan kemasukan terakhir adalah pada jam 5.15 petang.

Terdapat dua jenis kemasukan iaitu lawatan audio (setiap masa) dan lawatan berpandu (9 pagi, 11 pagi dan 1.30 tengah hari) selain turut menawarkan ‘night walk’ untuk lawatan malam berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2017 @ 12:00 AM