Perkongsian Shakilla di media sosial
Perkongsian Shakilla di media sosial

Kuala Lumpur: Pelakon Shakilla Khoriri, 34, risau apabila anaknya, Ameena Sofia, 5, bercakap suka tinggi suara dan agak kasar kebelakangan ini.

Shakilla berkata sebagai ibu dia perlu mencari penyelesaian perubahan sikap anaknya itu supaya tidak terbawa-bawa dan berlanjutan.

"Aku ni tengok saja macam pengkid. Kerja berat boleh buat, uruskan segalanya pasal anak seorang-seorang boleh buat tapi aku lemah bab hati. Ada macam-macam bunga.

"Pantanglah orang kasar atau tinggi sikit suara itu bila bercakap dengan aku mesti terasa 'kaw kaw'. Termasuklah dengan Ameena sekali. Entah kenapa kebelakangan ini dia bercakap suka tinggi suara and agak kasar. Berkali-kali tegur.

"Malas nak babitkan pergaulan dia dengan kawan-kawan atau sesiapa saja. Bagi saya, saya emak, saya kena cari penyelesaian. Macam mana cara nak ajar atau buang cara percakapan macam itu pada Ameena. Takut terbiasa and bawa sampai ke besar atau pada orang luar," katanya.

Shakilla bagaimanapun tidak akan penat melayan dan manfaatkan masanya bersama Ameena. Katanya, kadang hatinya juga rapuh memikirkan apabila anaknya itu sudah membesar.

"Tapi tak apa biarlah nak mengada pun, bukan banyak masa lagi dengan Ameena. Nanti sudah besar nak peluk cium pun sudah tak nak kot. Selagi ada masa dan peluang, umi manfaatkan.

"Beratnya rasa bila anak-anak sudah besar ini. Saya tak pernah meninggi suara pada Ameena, itu yang sentap sampai tak tertanggung rasa sedih itu. Akhirnya jatuh juga airmata umi pagi-pagi hari sambil memandu ke sekolah semalam.

"Susah. Aku memang susah! Sampai hari ini dia punya minta maaf itu. Harap dia ingat sampai bila-bila sebab tak ada orang mampu faham aku setakat ni kecuali Ameena. Hidup dengan aku masuk lima tahun tapi macam sudah berpuluh tahun," katanya.

Shakilla akui momen itu pasti akan dirinduinya dan reda terpaksa melepaskan Ameena bila sampai waktunya dia mendewasa.

"Saya tak sabar tunggu Ameena besar. Banyak cerita nak saya sembang dan kongsikan," katanya.

Ameena adalah anak tunggal hasil perkahwinan dengan penyampai radio Fizi Ali, namun rumah tangga yang dibina pada 2018 hanya bertahan selama tiga tahun.

Pada 24 Februari lalu, Shakilla bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam, Selangor.

Manakala, bekas suaminya pula terlebih dulu bertemu jodoh dengan usahawan yang juga ibu tunggal anak satu pada 23 Oktober tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 3:38 PM