Shakilla Khoriri
Shakilla Khoriri
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Individu yang memfitnah pelakon, Shakilla Khoriri berzina membuat permohonan maaf menerusi mesej peribadi kepada pelakon itu.

Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, memuat naik perkongsian berkenaan sebagai pengajaran kepada orang ramai agar berhati-hati dalam meninggalkan komen tanpa bukti yang sahih.

"Maaf tapi lagi sekali saya terpaksa buat macam ini lagi. Kenapa eh? Kenapa? Tolonglah hati-hati menulis. Hendak mengumpat ke hendak mengutuk ke terpulanglah asal di belakang orang itu. Itu dosa kalian.

"Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang. Saya tengok dia ni ada suami dan anak, jadi sedih. Kenapa buat macam ni?" katanya.

Menerusi luahan yang dimuat naik di Instagram, Shakilla berang dituduh pernah melakukan hubungan sulit dengan suami orang dan mengajak wanita itu bersemuka dengannya.

Ibu tunggal kepada seorang anak itu yang akan menjalani penggambaran di Terengganu meminta wanita itu yang dipercayai tinggal di Terengganu menemuinya bagi mendapatkan penjelasan berhubung tuduhan dilemparkan.

"Assalamualaikum 'sis' (panggilan kepada pemilik akaun). Esok (hari ini) saya akan ke Terengganu ada 'shooting' (penggambaran) dekat sana.

"Alang-alang jom kita jumpa nak? Mahu dengar juga cerita saya yang (kononnya) awak lagi tak tahu," katanya dalam nada menyindir menerusi hantaran dalam Instagram Story, malam tadi.

Pada perkongsian sama, Shakilla menjelaskan teringin bertentang mata dengan wanita itu supaya dia dapat perincian lelaki yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.

Sebelum ini, kecoh dalam laman sosial selepas tular foto yang didakwa aksi mesra Shakilla bersama seorang lelaki yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

Namun, Shakilla menegaskan itu adalah gambar lama yang disebarkan pihak tertentu ketika lelaki terbabit sudah pun bercerai dengan isterinya.

Shakilla yang sebelum ini berkahwin dengan penyampai radio, Fizi Ali

Rumah tangganya dengan Fizi pada 18 Februari 2018 berakhir selepas tiga tahun mereka bersama dan dikurniakan seorang puteri, Ameena Sofia, 4.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2023 @ 4:53 PM