FIZI kerita berkongsi mengenai percerainnya dengan Shakila.
FIZI kerita berkongsi mengenai percerainnya dengan Shakila.
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: "Sampai satu tahap, aku tak tahu nak beritahu anak aku macam mana."

Demikian kata penyampai radio, Fizi Ali yang mengulas mengenai perceraiannya dengan bekas isteri yang juga pelakon, Syakilla Khoriri.

Fizi berkata, dia dan Syakilla terpaksa memberi alasan apabila anaknya, Ameena Sofia bertanya soalan di mana ibu atau di mana ayahnya.



"Apabila dia (Ameena) tanya mana umi, aku cakap, umi kerja. Bila dia tanya mana daddy, daddy kerja," katanya.

Menerusi perkongsian di stesen radio Suria FM, Fizi meluahkan perasaannya yang masih lagi ada rasa sayang kepada bekas isterinya itu.

"Kalau ikutkan, siapa yang mahukan perpisahan. Tak ada seorang manusia pun di dunia ini inginkan perpisahan dan bila ia terjadi, kadang-kadang, ia bukan atas kehendak kita.

"Dan apabila ia terjadi, kita akan rasa macam sangat-sangat kehilangan. Sejujurnya, kalau pendengar Suria, Ajak, Suraya nak tahu, aku masih lagi sayangkan bekas isteri aku.

"Bagi aku, dialah segalanya untuk aku. Kami berkenalan hampir lapan tahun termasuk berkahwin. Macam-macam dia dia dah ubah aku. Dia dah buat macam-macam untuk aku," katanya.

Fizi juga memohon doa daripada orang ramai agar dia dan bekas isterinya diberikan kekuatan untuk berdepaan ujian ini.

"Cuma satu, aku minta doa daripada orang ramai. Doakan aku, doakan bekas isteri aku agar kami kuat untuk tempuh benda ini, supaya kamu kuat untuk terus jaga anak kami," katanya.

Rakan seperjuangannya, Ajak memuji sikap Fizi dan Syakilla yang memilih untuk berpisah secara damai dan matang.

"Tak ada sesiapa pun tahu, kau salah atau dia salah. Itu satu benda yang aku hormat sangat, macam mana kau selesaikan dengan sangat matang," katanya.

Terdahulu Fizi mengejutkan ramai apabila mendedahkan sudah bercerai dan memilih untuk membawa haluan berbeza.

Fizi menjelaskan biarpun sudah hidup berasingan, dia dan Shakilla bersepakat untuk membesarkan anak mereka, Ameena dengan penuh kasih sayang.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Disember 2021 @ 2:06 PM