Cyrus (kanan) menerima trofi Persembahan Pop Solo Terbaik daripada Ratu Pop Dunia, Carey.
Cyrus (kanan) menerima trofi Persembahan Pop Solo Terbaik daripada Ratu Pop Dunia, Carey.
Agensi

Los Angeles : Penantian 22 tahun Miley Cyrus untuk merangkul trofi di Grammy Awards 2024 berakhir apabila lagu Flowers diangkat sebagai pemenang kategori Persembahan Pop Solo Terbaik di acara yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, California, Amerika Syarikat, hari ini.

Kejayaan Cyrus sekali gus menewaskan empat pesaing hebat iaitu Doja Cat (Paint the Town Red), Billie Eilish (What Was I Made For? from Barbie), Olivia Rodrigo (Vampire) dan Taylor Swift (Anti-Hero).

Lebih mengujakan, penyanyi berusia 32 tahun itu menerima trofi berkenaan daripada Ratu Pop, Mariah Carey.

Penganjuran Grammy Awards edisi ke-66 turut menyaksikan pencalonan tertinggi Cyrus apabila tercalon sebanyak lapan kategori.

Album studio Endless Summer Vacation menyaksikan projek kedua Cyrus yang turut tercalon dalam kategori Album Vokal Pop Terbaik.

Flowers mengungguli carta Billboard Hot 100 selama lapan minggu selepas dilancarkan serta memecahkan rekod Spotify untuk kebanyakan strim dalam satu minggu dengan lebih daripada 100 juta pendengaran.

Beberapa bulan selepas dikeluarkan, single itu menjadi lagu terpantas untuk mencapai satu bilion putaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2024 @ 11:17 AM