BTS akan membuat persembahan di Grammy Awards.
BTS akan membuat persembahan di Grammy Awards.
Wartawan HM


Los Angeles: Buat julung kalinya peminat kumpulan K-pop terkenal, BTS akan dapat menyaksikan persembahan mereka di pentas Grammy Awards 2021 bersama Taylor Swift, Cardi B dan Harry Styles serta ramai lagi.

   Mereka juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan K-pop pertama dicalonkan bertanding di Grammy Awards 2021.

   Selebriti lain turut membuat persembahan antaranya ialah Bad Bunny, Black Pumas, Brandi Carlile, DaBaby, Doja Cat, Billie Eilish, Mickey Guyton, Haim, Brittany Howard, Miranda Lambert, Lil Baby, Dua Lipa, Chris Martin, John Mayer, Megan Thee Stallion,  Maren Morris, Post Malone dan Roddy Ricch.

   Barisan artis yang dicalon pada  Grammy Awards 2021 kali ini adalah nama-nama besar dan terkenal di seluruh dunia iaitu Beyonce dengan enam pencalonan, termasuk dua untuk kategori Record of the Year, Taylor Swift, Dua Lipa, Roddy Ricch, Jhene Aiko, Post Malone, Renee Zellweger, Billie Eilish and Finneas O'Connell, The Strokes, Megan Thee Stallion dan Harry Styles.

   BTS pula dicalonkan dalam kategori Persembahan Duo/ Kumpulan Terbaik menerusi single Inggeris pertama mereka berjudul Dynamite.

   Anugerah tahunan berprestij kali ke-63 ini bakal dihoskan pelawak Trevor Noah yang disiarkan secara langsung, jam 8 pagi esok menerusi saluran FOX Life (saluran 703 HD/ 723) manakala siaran ulangan pula jam 8 malam serta turut disiar  menerusi Unifi TV saluran 455 HD.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 9:02 PM