SHARIFAH Shahirah. FOTO Arkib NSTP
SHARIFAH Shahirah. FOTO Arkib NSTP
Zaara Talita

Kuala Lumpur: Bimbang akan masa depan anak-anaknya yang semakin meningkat remaja, pengacara Sharifah Shahirah mengakui setiap ibu pasti punya kegusaran itu.

Shahirah atau lebih mesra dengan sapaan Shiera mementingkan budaya menghormati ibu bapa dan orang sekeliling.

"Itulah dia, saya sebelum mengata anak orang, anak kita dulu. Anak kita pun banyak benda, saya bila duduk tengah makan pun banyak perkara yang tidak diketahui.

"Sebagai ibu, kita sibuk bekerja jadi sebelum orang mengata, saya sudah beritahu terlebih dahulu kepada mereka. Pelbagai warna karakter mereka.

"Inilah sebenarnya dalam Instagram saja yang indah-indah. Kadang-kadang huru-hara keluarga kami juga. Apa yang pasti sebagai ibu, kita cuba sebaik mungkin.

"Saya tak kisah pun anak saya jadi macam Sakinah ke, masih lagi mengingat mak dia. Dia hormat orang tua. 'DNA' kami memang terapkan supaya menghormati ibu bapa dan orang sekeliling," katanya.

Shiera yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ijoy pada 28 Februari 2003 dikurniakan tiga lagi anak iaitu Airell, Airra, Audra dan Adeena.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan, Allisya Tahir, hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Jatt yang juga penyanyi Black Dog Bone.

Mengulas mengenai karakter ahli keluarganya yang gila-gila dan spontan, Shiera berpendapat mereka di luar sana tidak seharusnya menghukumi daripada luaran semata-mata. 

"Sakinah itu gila tetapi bila masuk majlis tak adalah dia hendak 'gila' saja. Itu dalam pentas yang dimuat naik di Instagram. 

"Anda akan tengok benda dalam tu, memang dalam tu saja. Anda akan 'judge' tetapi anda tak tahu kami siapa sebenarnya," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2023 @ 2:56 PM