Hafidz Roshdi
Hafidz Roshdi
Syafil Syazwan Jefri dan Ramlah Zainal


Shah Alam: Pelakon, Hafidz Roshdi hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam ditemani ibunya, untuk prosiding sebutan pengesahan lafaz cerai. 

Hafidz yang hadir jam 10.50 pagi bagaimanapun membisu walaupun diasak dengan soalan-soalan daripada media yang hadir membuat liputan. 

Selain ibunya, Hafidz yang hadir mengenakan kemeja putih dan sut berwarna kelabu juga ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Ummi Kartini Abd Latiff. 

Kelibat isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri setakat ini masih belum kelihatan. 

Terdahulu, pada 20 Jun lalu, kedua-dua mereka hadir ke mahkamah untuk prosiding hadanah, namun Hafidz menarik semula persetujuan kata sepakat tuntutan hadanah yang difailkan selepas proses sulh. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2023 @ 12:56 PM