UMMI (belakang kanan) bersama pelakon utama telefilem Yek Icin Mahak.
UMMI (belakang kanan) bersama pelakon utama telefilem Yek Icin Mahak.
Dayang Pretty Abbyana Datu Asis


NEKAD menyahut cabaran mengajar di sekolah perkampungan Orang Asli bagi memastikan anak bangsa mendapatkan pendidikan seimbang berdasarkan keperluan semasa membuatkan seorang guru berkorban demi anak muridnya.

Ummi Nazeera, 32, membawa watak sebagai Cikgu Aisyah, seorang guru baharu yang ditugaskan mengajar di sekolah perkampungan Orang Asli selepas menerima surat penempatan.

Ummi yang sebelum ini sering dikenali dengan kejayaan membawa watak sebagai isteri teraniaya dan lakonan babak sedih menyentuh hati dalam kalangan peminat.

Begitu pun lakonan Ummi dalam telefilem ini bakal memperlihatkan perjuangan yang dilakukan oleh mereka yang bergelar pendidik untuk memastikan setiap anak bangsa dapat menimba ilmu.

Watak Cikgu Aisyah ternyata membuka mata masyarakat mengenai tugas pendidik bukan mudah dan pelbagai cabaran perlu dilalui.

Apatah lagi jika bertugas di sekolah Orang Asli dan terletak jauh di pedalaman yang banyak mengajar pelbagai erti kehidupan.

Namun, hakikatnya itu sebuah pengorbanan besar terpikul di bahu pendidik.

Baktinya diperlukan di sekolah itu dan dengan rasa bertanggungjawab dia perlu melaksanakannya.

Telefilem khas terbitan RTM sempena hari guru yang berjudul Yek Icin Mahak disiarkan pada 27 Mei, jam 9 malam di TV1.

Slot Panggung RTM ini turut dibintangi pelakon terkenal antaranya seperti Jay Iswazir, Hasnul Rahmat, Farah Ahmad, Zalfa Zin, Syed Irfan, Hadi Putra dan Fauziah Nawi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2023 @ 6:30 AM