BABY Shima. FOTO Arkib NSTP
BABY Shima. FOTO Arkib NSTP
Zaara Talita

Kuala Lumpur: Menerima mesej berbaur seksual dan lucah bukanlah asing buat penyanyi, Baby Shima.

Terbaharu, penyanyi itu menerima mesej daripada lelaki yang mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh.

Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli turut berkongsi nama pemilik akaun dan wajah lelaki miang itu.

"Apabila pemikiran menggunakan alat sulit, hendak tutup mulut netizen pun tidak boleh kerana ada saja benda yang tidak kena.

"Kita muat naik atau kongsi apa saja pasti tidak lari dari pemikiran yang bukan-bukan. Bukan saja saya, mana-mana akaun media sosial pun.

"Individu yang menutup aurat juga tidak terkecuali. Ramai yang berkongsi dengan saya," katanya kepada Harian Metro.

Ini bukan kali pertama Shima menjadi mangsa gangguan seksual dengan menerima kiriman mesej berbaur lucah di media sosial.

Shima turut mendedahkan tangkapan skrin (screenshot) direct message (DM) daripada lelaki terbabit.

Berdasarkan mesej yang dihantar, lelaki itu bertanya bayaran deposit yang perlu dibayar untuk melakukan hubungan seks dengan Shima selama dua jam.

Shima menjelaskan, dia tidak menawarkan sebarang aktiviti sedemikian kepada mana-mana lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2023 @ 3:31 PM