SOPHIA Albarakbah pada program tonton Anugerah Drama Sangat 2023 di PICC. FOTO Genes Gulitah
SOPHIA Albarakbah pada program tonton Anugerah Drama Sangat 2023 di PICC. FOTO Genes Gulitah
Syafil Syazwan Jefri


Putrajaya: Pelakon, Sophia Albarakbah akan memperkenalkan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Mr Doktor selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu berkata, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya, sebaliknya memohon doa terbaik daripada semua pihak.

"Dia bukan orang dari dalam industri, tapi seorang doktor. Bagi saya sendiri pun tak suka kongsikan terlalu banyak. Tapi, kalau dah kahwin nanti, saya akan perkenalkan kepada semua.

"Saya tak mahu mengulas panjang lagi mengenai perkahwinan buat masa sekarang. Yang pasti, doakan yang terbaik," katanya.

Menurut Sophia, dia juga sudah lama mengenali Mr Doktor dan bersyukur kerana dikurniakan kekasih yang memahami kerjayanya sebagai pelakon.

"Kami dah lama kenal dan dia memahami kerjaya saya. Dia adalah antara orang yang sentiasa menyokong serta memberi semangat buat saya. Saya bersyukur sangat," katanya.

Ditanya sama ada kehidupan peribadi dan kerjayanya menjadi lebih mudah selepas mengumumkan mengenai kewujudan kekasihnya, Sophia tetap memegang pendirian untuk sentiasa bersiap sedia berdepan apa sahaja kemungkinan.

"Sebagai orang dalam industri seni, kita tak boleh lari daripada benda-benda ini. Kita buat apa pun, akan sentiasa menjadi isu.

"Bagi saya, saya dah bersiap sedia, mana tahu kalau muncul pula perkara lain di masa akan datang. Yang pasti, saya berlakon sebab saya bahagia dengan kerjaya ini, dan bukan untuk mengejar publisiti.

"Tapi, publisiti itu datang dengan kerja. Mahu atau tidak, saya kena bersedia dan terima kerana tak boleh lari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2023 @ 4:17 PM