Bunga Citra Lestari
Bunga Citra Lestari
Agensi

 

Jakarta: Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL, 39, yang kini bercuti di Jepun bersama keluarga menjadi perhatian netizen kerana penampilan gaya yang sopan.

BCL yang memuat naik beberapa keping fotonya menggayakan kimono dengan kapsyen ringkas, 'Kimono Day' menjadi tarikan warga maya yang memuji dia tetap menawan dengan pakaian tertutup.

Ibu tunggal seorang anak ini cukup menjadi perhatian netizen bukan hanya membabitkan karier seni, namun kisah peribadi terutama hubungan percintaaan baharunya dengan beberapa selebriti terkenal.

Tidak hanya itu, penampilan imej BCL yang masih kekal dengan pemakaian seksi membuatkan dia juga sering dikecam dan dikritik netizen di media sosial dengan pelbagai komen 'pedas'.

Antara komen netizen memuji BCL, "Mba flower cakep banget' (Kakak Bunga cantik sangat)," tulis seorang pengikut Instagram.

"Semakin bersinar aja (saja) ka (kak) Bunga," tulis seorang netizen lagi.

"Pakai baju yang sopan, anggun dan memancarkan aura positif," komen netizen.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Ingkar dan Cinta Sejati itu bertemu jodoh dengan pelakon Ashraf Sinclair pada 2008, namun Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020. 

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Noah yang kini berusia 13 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2023 @ 10:23 PM