WAN Zul.
WAN Zul.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Komposer terkenal, Wan Zul berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kemaman, Terengganu, sejak semalam.

Perkara ini dimaklumkan Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail kepada Harian Metro selepas memperoleh berita sedih itu dari kumpulan WhatsApp Seniman.

Pengirim mesej itu memaklumkan Wan Zul yang mencipta lagu popular kumpulan Iklim iaitu Suci Dalam Debu kini dirawat di hospital berkenaan.

"Menurut anaknya, Wan Zul menghidap diabetis tinggi dan jangkitan paru-paru. Sekarang oksigen 'level drop'. Mungkin ke ICU (Unit Rawatan Rapi). Sama-sama kita doakan semoga diberikan kesembuhan untuk beliau," tulisnya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi keluarganya tidak berjaya.

Selain lagu Suci Dalam Debu, Wan Zul turut mencipta beberapa lagu popular lain seperti Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan (Damasutra), Aduhai Seribu Kali Sayang (Iklim), Kerana Takdir (Saleem) dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2022 @ 12:57 PM