Wajah Kaka hiasan papan iklan di New York
Wajah Kaka hiasan papan iklan di New York
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Semangat penyanyi Kaka Azraff, 33, semakin berkobar-kobar selepas wajahnya terpampang menghiasi papan iklan gergasi Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) sempena kempen EQUAL oleh Spotify, semalam.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff berkata, impian itulah diidamkannya sejak melihat rakan seperjuangan seperti Yuna dan Dolla turut menghiasi papan iklan ikonik terbabit sebelum ini.

"Rasa macam tak percaya sangat. Bila melihat pencapaian itu, ia membakar lagi semangat saya untuk memberikan lebih usaha dalam kerjaya seni.

"Saya juga pernah cakap dengan suami, perihal beginilah yang sebenarnya membuatkan saya enggan mengalah. Saya bukan nak banggakan diri semata-mata, tapi banggakan satu Malaysia," katanya.

Selain Kaka, wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Aina Abdul, Dolla, Aisha Retno dan Vanessa Reynauld juga pernah terpampang di papan iklan gergasi terbabit.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2022 @ 11:45 AM