NICHOLAS Cage dan isteri, Riko Shibata.
NICHOLAS Cage dan isteri, Riko Shibata.
Agensi

Los Angeles: Pelakon Nicholas Cage, 58, menimang anak perempuan hasil perkahwinan kelimanya bersama Riko Shibata, 27, baru-baru ini.

Berita gembira itu disahkan wakil jurucakap pasangan terbabit yang memberitahu proses bersalin berjalan lancar.

"Ibu dan anak perempuan berada dalam keadaan baik-baik saja," katanya.

Cage dan Shibata memilih nama August Francesca Coppola Cage buat puteri mereka itu yang juga anak ketiga Cage dan sulung untuk Shibata.

Pelakon terbabit sudah memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan sebelum ini.

Anak sulungnya Weston sudah berusia 31 tahun dan Kal-El, 16.

Cage dan Shibata mendirikan rumah tangga tahun lalu. Pasangan itu berkenalan menerusi kawan terdekat sewaktu Cage menjalani penggambaran di Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2022 @ 2:47 PM