TUTORIAL cara bersolek lelaki oleh Zoey.
TUTORIAL cara bersolek lelaki oleh Zoey.
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Perbezaan rupa wajah pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mengundang pertanyaan pengikut di laman sosial miliknya.

Kebanyakan komen mendakwa wajah Zoey semakin berbeza seperti yang mereka kenali dulu selain ada pihak yang bertanya adakah dia melakukan suntikan 'botox'.

"Kenapa muka nampak lain. "Lainnya muka awak sekarang Zoey," tulis pengikut di ruangan komen.

Tidak melenting dengan komen-komen yang ditinggalkan, Zoey bagaimanapun menjawab dengan tenang apabila mengatakan perbezaan wajahnya disebabkan usia yang semakin meningkat.

"Saya sudah berusia 37 tahun," tulis Zoey.

Terdahulu Zoey memuat naik video tutorial cara bersolek dengan mudah untuk kaum lelaki di aplikasi TikTok.

Harian Metro cuba menghubungi Zoey bagi mendapatkan komen berhubung perubahan ketara pada wajahnya, namun mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2022 @ 3:26 PM