Penyanyi Shaa satu ketika dulu.
Penyanyi Shaa satu ketika dulu.
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: "Lainnya Shaa sekarang. Dulu kecil saja, sekarang dah terlebih besar. Macam tak percaya ya juga." 

Itu antara komen netizen menerusi video persembahan terbaharu penyanyi, Shaa bersama Darul Aman Buskers yang tular di TikTok memaparkan penampilannya yang jauh berisi daripada awal kemunculannya pada 2017. 

Shaa, 27, atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari berkata, mereka tidak perlu terkejut kerana dia memang berisi dengan berat 60 kilogram (kg) berbanding dulu 40kg. 

"Ini adalah hasil kemenangan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Dalam dua tahun ini saya berjaya menjadi sebegini. Ramai tegur perkara sama. Sebab itu juga video persembahan saya tular. 

"Kalau dulu berat saya 40kg saja, tapi sekarang dah 60kg. Namun, saya selesa saja dengan keadaan sekarang. Tak kisah sangat apa orang cakap. Alhamdulillah, saya sihat saja. Apa yang penting suara sama saja dan orang masih kenal," katanya kepada Harian Metro. 

Shaa yang lebih berisi ketika ini.
Shaa yang lebih berisi ketika ini.

Menurut Shaa yang pernah popular menerusi lagu Pertama Kali, dia sedikit pun tidak berkecil hati jika ada netizen atau mana-mana pihak membuat sindir badan atau 'body shaming' dengan memanggil dirinya gemuk. 

"Tak kecil hati pun sebab saya tahu memang badan makin naik. Harap boleh terima saya dengan penampilan sekarang. Kepada semua 'body shaming', buat apa saya nak ikut cakap mereka dan menjadi apa yang mereka nak. Saya okay saja dengan penampilan sekarang. 

"Bukan saja ada yang kata gemuk, malah ada juga yang beranggapan saya sudah berkahwin dan memiliki anak disebabkan penampilan sekarang. Saya masih bujang. Itu semua tak betul. Ini semua hasil makan saja," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Shaa yang masih aktif menyanyi secara busking bersama kumpulan Darul Aman Buskers di Alor Setar, Kedah baru saja melancarkan single terbaharu berjudul Tersentak Di Dada. 

Lagu Tersentak Di Dada adalah ciptaan Matthius Mambang dan Jesley Jabu serta lirik oleh Matthius Mambang adalah terbitan Nova Music. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2022 @ 12:34 PM