Ayda Jebat
Ayda Jebat
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 31, hari ini memaklumkan dia positif Covid-19 selepas mengalami sakit tekak selain suhu badan naik turun sejak semalam.

"Semalam sudah rasa sakit-sakit tekak. Pengurus saya cakap mungkin sebab saya 'shooting' di luar kemudian masuk dalam bangunan ada penghawa dingin.

"Tapi saya pernahlah rasa badan panas sejuk, panas sejuk, dan sakit tekak," katanya.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu bagaimanapun bersyukur dia tidak melakukan sebarang kontak dengan suaminya Nabil Mahir serta anak mereka, Ana Nayla.

"Nasib baik balik tak jumpa 'baby'. Mandi terus baring. Anak pula tidur dengan Nabil. Bila bangun pagi (hari ini), saya masih lagi sakit tekak. Jadi, saya buat swablah.

"Sakit tekak saja buat masa sekarang. Harapnya tiada apa-apalah. Tapi itulah Sabtu ini saya ada 'show' pula di Singapura," katanya.

Terdahulu, Ayda memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan alat ujian Covid-19 dibuatnya memiliki dua garis. Dia memohon sesiapa yang ada berjumpanya untuk melakukan swab juga.

"Positif hari ini. Siapa yang jumpa saya khasnya semalam, tolong buat ujian swab hari ini dan dua, tiga hari seterusnya. Maaf sangat.

"Saya tiada simptom yang teruk. Sakit tekak sahaja jadi mohon siapa yang sakit tekak jangan tunggu tunggu atau biarkan ingat sakit tekak saja. Swab terus ya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2023 @ 2:14 PM