ACONG Sweetchild (berbaju hijau) turut dilihat berada di majlis yang didakwa majlis pernikahan pelawak popular, Tauke.
ACONG Sweetchild (berbaju hijau) turut dilihat berada di majlis yang didakwa majlis pernikahan pelawak popular, Tauke.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Walaupun kelibatnya dilihat dalam gambar majlis yang dikatakan pernikahan pelawak popular, Tauke dengan seorang wanita yang tular hari ini, tetapi penyanyi, pelakon dan pelawak, Acong Sweetchild mendakwa dia sudah lama tidak berjumpa Tauke.

Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu menahu mengenai majlis itu kerana sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.

"Alamak! Saya tidak tahu kerana sudah lama tidak berjumpa dia (Tauke). Saya kini sedang sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM)".

Penyanyi kumpulan Sweetchild itu diajukan mengenai gosip pernikahan Tauke kerana kelibatnya berbaju Melayu hijau dilihat di dalam masjid bersama pelawak itu.

Menguatkan lagi telahan itu apabila gelang yang sering dipakai Acong turut berada di tangan lelaki berbaju hijau itu.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Tauke dan isterinya, Nadia Mohd Affendi bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu tidak berjaya apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Malah, ketika wartawan menghubungi Nadia, Tauke yang menjawab panggilan itu. Bagaimanapun, dia meletakkan telefon sebaik saja namanya dipanggil.

Terdahulu, beberapa gambar pelawak popular, Tauke menggayakan baju Melayu putih lengkap bersamping bersama seorang wanita berbaju kurung dan bertudung putih seperti selesai bernikah tular di media sosial, hari ini.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Shu menerusi beberapa video yang dimuat n

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 11:41 PM