SALMAN bersama atlet angkat berat, Chanu Saikhom Mirabai.
SALMAN bersama atlet angkat berat, Chanu Saikhom Mirabai.
Agensi

India: Bintang filem Bollywood, Salman Khan bertemu dengan atlet angkat berat India, Chanu Saikhom Mirabai dan berkongsi gambar mereka ketika bersama di Twitternya.

Dalam ciapan dibuat Salman, 56, dia turut mengucapkan tahniah kepada Mirabai, 27, atas kemenangan wanita itu meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini.

"Saya tumpang gembira atas kejayaan kamu memenangi pingat perak. Gembira berjumpa kamu dan selamat maju jaya," tulisnya.

Dalam ciapan itu, Salman yang memakai kemeja Polo berwarna hitam memeluk Mirabai dan atlet terbabit kelihatan begitu gembira dapat bertemu bintang pujaannya.

"Terima kasih Salman Khan. Saya adalah peminat kamu dan ia umpama mimpi yang menjadi kenyataan," tulis Mirabai dalam ciapannya.

Dalam satu temubual bersama media India sebelum ini, Mirabai pernah mengakui bahawa dirinya adalah peminat setia bintang filem terkenal dan berkaliber itu.

Mirabai memenangi pingat perak dalam acara angkat berat, kategori 49 kilogram.

Selain Salman, beberapa selebriti ternama Bollywood turut mengucapkan tahniah kepada Mirabai antaranya Anushka Sharma, Anil Kapoor dan Abhishek Bachchan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 10:13 AM