HOU Zhihui dari China menang pingat emas angkat berat kategori 49kg wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
HOU Zhihui dari China menang pingat emas angkat berat kategori 49kg wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Jaguh China, Hou Zhihui menang pingat emas pertama angkat berat wanita di Tokyo 2020, hari ini, pada ketika Perdana Menteri India, memberi penghormatan kepada wakil mereka, Chanu Saikhom Mirabai yang menang perak.

Hou, 24, yang juga pemenang pingat perak Kejuaraan Dunia menguasai kategori 49 kilogram (kg) dengan kelebihan angkatan 7kg berbanding Mirabai.

"Saya sangat gembira kerana mampu melakukannya," kata Hou.

"Dalam masa satu saat, semua tekanan berlalu pergi. Saya membuat persiapan selama lima tahun dan kemenangan ini besar maknanya."

Mirabai yang juga juara dunia 2017 dengan berat 48kg, tidak mampu menandingi angkatan 210kg dilakukan Hou, tetapi muncul atlet India pertama menang pingat perak angkat berat selepas Karanam Malleswari memenangi gangsa dalam kategori 69kg wanita di Sydney 2000.

Perdana Menteri India, Narendra Modi meraikan kejayaan itu yang juga pingat perak kelima acara individu bagi negara itu dalam sejarah Sukan Olimpik.

Wakil Indonesia berusia 1 tahun, Windy Cantika Aisah memenangi pingat gangsa selepas dua kali mencatatkan masa terbaik dalam acara 'clean and jerk'.

Gadis dari Bandung itu mengangkat 110kg dalam percubaan ketiga dan menjerit apabila mengetahui berjaya merangkul medal dan kejayaan itu ditujukan kepada ibunya, Siti, yang juga atlet angkat berat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 6:27 PM