Sheikh Baseer  dikatakan terkena sihir.
Sheikh Baseer dikatakan terkena sihir.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Kehilangan hampir dua tahun penyanyi Sheikh Baseer, 18, yang pernah mencipta nama menerusi program Ceria Megastar akhirnya terjawab apabila dia dikatakan terkena sihir atau ilmu hitam.

Baseer berkata, dia pulang ke hampung halamannya di Johor untuk menjalani rawatan selepas terkena sihir daripada individu yang rapat dengannya. 

"Saya tak sangka di usia yang masih muda iaitu 15 tahun, ada individu yang kurang senang dan tergamak melakukan perkara terkutuk serta mengambil kesempatan terhadap saya. Dua tahun ibu bawa saya berubat dengan ramai ustaz di Johor. Entah kenapa tiba-tiba saya lupa ingatan. Rasa seperti tidak boleh berfikir dan pelbagai insiden pelik berlaku. Malah, ibu saya juga terpaksa berhenti kerja keraa perlu menjaga saya. 

"Alhamdulillah, saya kini beransur pulih dan berharap individu terbabit kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka. Janganlah menganiaya saya dengan perkara yang paling keji itu," katanya. 

Menurut Baseer, dia berharap kemunculan semula dalam industri seni dapat mengembalikan zaman kegemilangannya kerana bidang muzik adalah impian sejak kecil.

"Walaupun macam-macam perkara berlaku dalam hidup, namun saya percaya Allah akan sentiasa bantu dan bersama dengan saya. Doakan semoga saya terus kuat dan sembuh sepenuhnya. Saya nak kembali menghiburkan peminat dan pencinta muzik. 

"Walaupun tempoh dua tahun terbuang begitu saja, namun saya harap siapa yang pernah menyokong saya dulu masih terus bersama menyokong karier saya," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Baseer kini tampil dengan single terbaharu berjudul Sudahlah yang dihasilkan sepenuhnya dan bakal tampil dengan lagu berjudul Mama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2020 @ 5:29 PM