FENDY. FOTO Arkib NSTP
FENDY. FOTO Arkib NSTP
Sudirman Mohd Tahir

 

PELAKON, Fendy Bakry selamat bernikah dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Ayu, 27, dengan hanya sekali lafaz di Dewan Setia Alam, Shah Alam, semalam.

Fendy, 32, atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri berkata, hanya majlis nikah dibuat terlebih dahulu kerana mahu mendahulukan perkara wajib.

"Alhamdulillah, terima kasih atas ucapannya. Majlis berlangsung semalam. Insya Allah untuk majlis resepsi saya akan jemput rakan media.

"Tapi majlis bukan dalam masa terdekat sebab masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya kepada Harian Metro.

Terdahalu, Fendy yang popular menerusi drama Mr. Grey berkongsi berita gembira itu di Instagram.

FENDY berkongsi berita gembira di Instagram.
FENDY berkongsi berita gembira di Instagram.

"Alhamdulillah dengan sekali lafaz abam score weh!!! Terima kasih buat adik beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.

"InshaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak. Untuk masa sekarang abam mewajibkan yang mana perlu didahulukan.

"Jangan risau akan abang jemput semua media dan kawan-kawan yang selalu sokong abang. Takkan ada RSVP ok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 8:08 AM