RAFFI Ahmad (kiri) dan Laudya Cynthia Bella.
RAFFI Ahmad (kiri) dan Laudya Cynthia Bella.
Agensi

PELAKON dan pengacara, Raffi Ahmad meluahkan hasrat untuk membeli rumah mewah milik sahabatnya yang juga pelakon, Laudya Cynthia Bella di Jakarta Selatan, Indonesia.

Rumah penuh kenangan itu difahamkan bakal dijual dengan harga kira-kira RM3.6 juta.

"Rumah agam itu memang mahu dijual Bella, tapi kami belum berbual sebab apa dia mahu menjualnya. 

"Mungkin dia ingin jual rumah ini kerana bercadang membeli rumah baru. Maklumlah dia ada banyak," katanya.

RUMAH mewah milik Laudya Cynthia Bella di Jakarta Selatan.
RUMAH mewah milik Laudya Cynthia Bella di Jakarta Selatan.

Menurut Raffi, sekiranya harga yang ditawarkan berbaloi, dia akan memaklumkan kepada Bella mengenai keinginannya itu.

"Ya, kalau harganya sesuai dan dia mahu berikan harga kawan-kawan, saya nak beli. Cuma saya belum berpeluang berjumpanya untuk bercakap fasal perkara ini.

"Saya sedang sibuk dengan penggambaran dan Bella juga mungkin berada di Bandung sekarang ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2020 @ 10:41 AM