FAZURA (kiri) bersama suaminya, Fattah Amin. FOTO Fathil Asri
FAZURA (kiri) bersama suaminya, Fattah Amin. FOTO Fathil Asri
Ridzuan Abdul Rahman

PELAKON Nur Fazura yang kini hamil enam bulan, mengakui masih belum mengetahui jantina bayi dalam kandungan.

Diusik dengan spekulasi bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan, Fazura, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin berkata ada juga mengadaikan anak lelaki.

"Bayi perempuan? Eh saya pun tak tahu. Macam-macam dakwaan dibuat kerana ada yang kata bayi lelaki dan ada yang kata perempuan.

"Saya ambil ini sesuatu yang positif kerana ramai orang ambil berat serta ramai juga yang mendoakan saya.

"Saya minta juga agar mendoakan supaya bayi sihat dan saya selamat melahirkan. Itu yang paling penting kerana lelaki atau perempuan itu soal kedua," katanya.

Fazura yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin bersyukur dengan kesihatan ketika ini yang tidak mengalami sebarang alahan.

"Keadaan kesihatan alhamdulillah. Saya boleh makan macam biasa. Malah saya makin kuat makan.

"Saya dijangka melahirkan anak pada Oktober ini. Barangan bayi pun saya belum beli lagi," katanya.

Khamis lalu, Fazura yang ditemani suami hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi  mendengar keputusan kes langgar kontrak perjanjian antara dirinya dan Maydan Trading, iaitu pengeluar produk 'Q Tab'.

"Saya sebenarnya gementar nak datang mahkamah dalam situasi Covid-19.

"Tapi pentingnya saya berada di sini untuk menebus maruah saya dan menegakkan keadilan," katanya yang didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 6:01 PM