KILAFAIRY. FOTO IG Kilafairy
KILAFAIRY. FOTO IG Kilafairy
Syafil Syazwan Jefri

PELAKON dan penyanyi, Kilafairy ingin menjadikan lembaran 2020 ini sebagai tahun yang segar dan bersih buat dirinya.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, dia juga perlahan-lahan ingin mengikis imej seksi yang cukup sinonim dengannya.

"Perubahan yang mahu dibuat ini seiring dengan kematangan diri saya. Ia umpama satu isyarat buat diri sendiri supaya dalam hidup ini kita sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

"Berkat doa ibu bapa juga, membuatkan saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih pada tahun ini.

"Saya mahu cuba elak dan tak mahu lagi orang di luar sana terus melihat dan kaitkan saya dengan imej seksi," katanya.

Tambahnya lagi, dia ingin menjadi insan lebih baik dan sebenarnya sudah menjaga penampilan diri sejak beberapa bulan lalu.

"Saya nak jadi insan lebih baik berbanding sebelum ini dan sudah tujuh bulan saya menjaga penampilan diri. Saya sedar usia pun bukan makin muda," katanya.

Untuk perkembangan terkini, Kilafairy sibuk mempromosi jenama makanan tambahan miliknya iaitu Kilafit, seiring minat mendalam pada penjagaan kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 9:13 PM