KILAFAIRY belajar daripada kesilapan lalu dan tak mahu kecoh-kecoh seperti dulu.
KILAFAIRY belajar daripada kesilapan lalu dan tak mahu kecoh-kecoh seperti dulu.
Oleh Nor Akmar Samudin


Tindakan ikon fesyen Wak Doyok meninggalkan komen berbaur lucah pada satu gambar pelakon Kilafairy, 23, di Instagram beberapa bulan lalu sedikit-sebanyak memberi kesan terhadap karier dan kehidupan gadis itu.

Barangkali itu membuatkan Kilafairy jarang ‘kelihatan’ dalam industri hiburan tanah air, sejak akhir-akhir ini.

“Saya masih aktif, cuma saya lebih suka berdiam diri apabila tiada cerita baru. Lagipun saya tak mahu membalas kontroversi,” kata pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan ini.

Apa yang pasti, pengalaman mengajar anak gadis penyanyi popular 70-an dan 80-an Rohana Jalil itu menjadi insan yang cepat matang dan belajar daripada kesilapan.

“Saya tak mahu dikenali kerana isu panas kerana saya mahu berada lama dalam bidang ini. Pada awal kemunculan saya dulu pun sudah keluar macam-macam cerita.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:00 AM