SEBAHAGIAN peserta Dansa Dan Sing yang akan mula ditayangkan 5 Januari ini.
SEBAHAGIAN peserta Dansa Dan Sing yang akan mula ditayangkan 5 Januari ini.
Najiy Jefri


PERTARUHAN membabitkan tarian nyanyian bakal menyaksikan seramai 11 selebriti tempatan mencabar diri menerusi program terbaharu Astro iaitu Dansa Dan Sing.

Program memberi fokus terhadap elemen tarian itu memperlihatkan bakat terpendam menari dan menyanyi mengikut rentak lagu yang dipersembahkan.

Antara nama popular yang terpilih ialah Arja Lee, Shiha Zikir, Sophia Liana, Chubb-E, Wani Kayrie, Nik Qistina, W.A.R.I.S, Raja Syahiran, Harris Baba, Atilia Haron dan Yasmin Hani.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pihaknya melihat bidang seni tari dan suara sebagai cabang seni yang berpengaruh dan paling mendapat perhatian masyarakat dunia secara amnya.

TAJUL bersama isteri, Nurul Syamieza yang dinikahi pada 10 Disember 2017.
TAJUL bersama isteri, Nurul Syamieza yang dinikahi pada 10 Disember 2017.

“Melihat potensi pasaran komersial untuk menembusi kelompok penonton yang disemarakkan oleh dua bidang yang saling melengkapi itu, sudah tiba masanya Astro melakar inisiatif baharu gabungan dinamik seni tari dan seni suara menerusi ruang perkongsian di pentas Dansa Dan Sing.

“Uniknya program ini, kami memberi kelonggaran kepada peserta memilih sendiri jurutari dan kru tarian masing-masing.

“Kami sedar cabaran untuk menari dan menyanyi secara serentak tidak mudah.

“Selain menuntut persediaan rapi dari segi mental dan fizikal untuk menguasai teknik tarian dan lantunan vokal yang padu, mereka juga perlu memiliki kemahiran tinggi mengawal pentas selain kekuatan stamina,” katanya.

Sepanjang program bersiaran, setiap persembahan peserta bakal diadili koreografer terkenal, Linda Jasmine dan pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim selaku juri tetap.

Mereka akan mengadili sebanyak 70 peratus tarian, manakala selebihnya vokal peserta.

Juara Dansa Dan Sing bakal memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Manakala tempat kedua dan ketiga membawa pulang RM50,000 serta RM25,000 beserta trofi.

Bagi pemenang tempat dan kelima RM10,000 serta RM5,000 beserta trofi.

Dansa Dan Sing akan bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam mulai 5 Januari ini di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Ia akan dihoskan pengacara popular, Sherry Al-Hadad.

ADRIANA Carissa kini sudah berusia lebih dua bulan.
ADRIANA Carissa kini sudah berusia lebih dua bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 5:15 AM