ANAK Altimet, Abdullah bersama kanak-kanak pelarian Syria di kem pelarian di sempadan Turki.
ANAK Altimet, Abdullah bersama kanak-kanak pelarian Syria di kem pelarian di sempadan Turki.
Amirul Haswendy Ashari


“AKU bawa kau ke kem-kem pelarian ini jadi kau tahu hidup kau serba mencukupi, mewah jika dibandingkan mereka. Ujian hidup mereka ialah kesusahan berlari ke negara jiran sebab perang saudara, ujian hidup kita pula kesenangan di tanah air sendiri yang aman.”

Demikian status yang dimuat naik komposer dan penyanyi rap popular, Altimet yang berpeluang membawa anaknya, Abdullah, 13, melihat sendiri kehidupan pelarian Syria di beberapa kem pelarian di sempadan Turki, baru-baru ini.

ABDULLAH
ABDULLAH

Altimet juga bersyukur kerana berpeluang melihat sendiri kehidupan pelarian terbabit. Dia ke sana dalam misi Cinta Syria Malaysia pada 21 Mei hingga 30 Mei lalu. Ia turut disertai dua rakan artis iaitu Noh Hujan dan Aizat Amdan.

“Jauh perjalanan, luas pemandangan. Kalau aku bawa kau ke rumah-rumah mewah untuk tunjukkan kesederhanaan hidup kita saja, itu tak adil dekat kau,” tulisnya.

Altimet berkata, dia akan melakukan segala yang mampu bagi menjadikan anaknya lebih baik daripada dirinya.

Dalam masa sama, Altimet turut mengucapkan terima kasih kepada misi Cinta Syria Malaysia yang membawa dia dan anaknya ke sana.

“Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang kami dapat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Jun 2019 @ 12:16 PM