FOTO Diana Danielle bersama anaknya, Nur Aurora mengutip sampah dipuji ramai sehingga mendapat lebih 22,000 'like'. FOTO Instagram Diana Danielle
FOTO Diana Danielle bersama anaknya, Nur Aurora mengutip sampah dipuji ramai sehingga mendapat lebih 22,000 'like'. FOTO Instagram Diana Danielle
Amirul Haswendy Ashari


PELAKON Datin Diana Danielle berkongsi aktiviti bersama dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora menghormati alam sekitar dengan mengutip sampah berhampiran rumahnya, semalam.

Dalam satu entri di laman Instagram pelakon filem Gol & Gincu 2 itu, beliau menulis, kekayaan dan keselesaan yang selalu dimimpikan tidak bermakna kalau terlalu pentingkan diri dan membiarkan alam sekitar kotor, busuk dan mati sehingga tidak dapat dinikmati oleh makhluk Tuhan yang lain.

"Kuatkan hubungan bersama alam sekitar dan alam ini jugalah yang akan pelihara kita dengan sebaiknya.

"Ajar anak kita untuk hormati alam, semoga apa yang kita tinggalkan kepada generasi seterusnya bukanlah hanya sisa sampah sarap sendiri,” tulisnya.

Entri itu mendapat lebih 22,000 tanda 'like' dan pujian daripada pengikut serta rakan artis.

Rata-rata menyifatkan didikan pelakon itu wajar dijadikan ikutan ibu bapa yang mahu mendidik anak mereka supaya lebih peka mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Ada juga peminat yang mengesyorkan Diana diangkat sebagai ikon alam sekitar bersama Maya Karin yang kini dilantik duta Rivers of Life sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 7:20 PM