POLIS berkawal di pintu masuk Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu. FOTO Avila Geraldine.
POLIS berkawal di pintu masuk Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu. FOTO Avila Geraldine.
Avila Geraldine


Kota Kinabalu: Setakat 10 pagi tadi, belum ada mana-mana individu dinamakan sebagai Ketua Menteri (KM) Sabah.

Pekarangan Istana Negeri di sini, dipenuhi wakil media yang menanti sejak 7 pagi, menjangkakan upacara angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Semakan di akaun Facebook Jabatan Penyiaran Sabah Malaysia menemui entri yang dimuat naik pada 8.20 pagi menyatakan, tiada majlis angkat sumpah Ketua Menteri dijadualkan hari ini.

Entri itu memetik kenyataan Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri, Abinan Asli.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan kepada media

Sepasukan anggota polis dilihat mengawal pintu utama Istana Negeri.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 10:59 AM