MIA Ahmad dan suaminya, Izham Tarmizi Roslan. FOTO Adi Safri
MIA Ahmad dan suaminya, Izham Tarmizi Roslan. FOTO Adi Safri
Amirul Haswendy Ashari.


PELAKON, Mia Ahmad, 30, mengumumkan di Instagram bahawa dia kini hamil selepas pernah keguguran pada Disember lalu.

"Saya agak gugup untuk mengumumkan kehamilan ini kerana pernah alami keguguran beberapa bulan lalu.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua produksi kerana terpaksa menolak tawaran lakonan, penggambaran, penampilan majlis, temuramah dan sebagainya untuk menjaga kesihatan," tulisnya.

PAPARAN keterangan di Instagram Mia. FOTO Instagram Mia Ahmad
PAPARAN keterangan di Instagram Mia. FOTO Instagram Mia Ahmad

Isteri kepada penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan, 26 berkata, dia turut mohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat membalas sebarang panggilan telefon dan pesanan WhatApp.

Dia berharap semua pihak memahami keadaannya dan perjalanan kehamilan ini sentiasa berada di dalam doa semua.

Entri itu mendapat respon hampir 55,000 'likes' dan hampir 3,000 komen peminat serta rakan artis yang mengucapkan tahniah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 10:41 AM