Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menabur bunga di makam Almarhumah Tengku Zanariah Almarhum Tengku Ahmad yang selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru. FOTO Royal Press Office
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menabur bunga di makam Almarhumah Tengku Zanariah Almarhum Tengku Ahmad yang selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru. FOTO Royal Press Office
Ibrahim Isa


JENAZAH Almarhumah Tengku Zanariah Tengku Ahmad selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru 2 petang tadi.

Entri facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melaporkan Almarhumah Tengku Zanariah mangkat ketika berusia 79 tahun.

Terdahulu, jenazah Almarhumah disemayamkan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir.

Berangkat sama, Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Pagi tadi, berita sedih itu dimuat naik dalam status Facebook The Royal Johor.

Almarhum Tengku Zanariah adalah Raja Permaisuri Agong Ke-8 ketika Almarhum Sultan Iskandar Ismail dilantik sebagai Yang Di-pertuan Agong dari 1984 hingga 1989.

Almarhum Tengku Zanariah mendapat didikan di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada 1946 dan melanjutkan pelajaran di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari 1950 hingga 1952.

Selain itu, Almarhum pernah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Almarhum dilahirkan pada 5 Julai 1940 di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 7:42 PM