GAMBAR perkongsian Niena Baharun mengenai kehamilan dirinya di Instagram. FOTO Arkib NSTP dan Ihsan Instagram Niena Baharun
GAMBAR perkongsian Niena Baharun mengenai kehamilan dirinya di Instagram. FOTO Arkib NSTP dan Ihsan Instagram Niena Baharun
Ramlah Zainal


PELAKON Niena Baharun, 25, mengesahkan dirinya kini hamil anak sulung selepas mendirikan rumah tangga sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurut pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz itu, dia dan suaminya amat bersyukur dengan berita kehamilannya.

“Alhamdulillah, usia kandungan kini sudah mencecah tiga bulan dan setakat ini saya tidak mengalami alahan yang teruk.

“Saya juga belum tahu jantina bayi tetapi yang penting, bayi yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,” katanya kepada Harian Metro.

Niena juga berkongsi berita kehamilannya itu menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat gambar imbasan pemeriksaan kandungannya.

Pelakon itu turut dihujani ucapan tahniah daripada ramai pengikut laman Instagram miliknya termasuk artis tempatan.

Niena dan pasangannya yang juga ahli perniagaan, Aliff Firdaus Abdul Hadim melangsungkan pernikahan di Masjid Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari lalu.

Ia disusuli dengan majlis persandingan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Niena mahu fokus pada rumah tangga berbanding lakonan selepas berkahwin

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 11:12 PM