Shahir akui serius dengan Erra Fazira.
Shahir akui serius dengan Erra Fazira.
Syanty Octavia Amry

BEKAS juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir mengakui hubungannya dengan pelakon Erra Fazira, serius.

Shahir, 29, berharap peminat mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Katanya lagi, dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang dan akan mengumumkannya apabila sudah tiba masa nanti.

 "Benar saya serius dan sedang rapat dengan Erra. Insya-Allah jika sampai masanya saya akan umumkan kepada semua. 

"Doakanlah semoga semuanya dipermudahkan," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 11:47 PM