NOORFAZNITA bersama pek baharu Simpul Crispy yang bakal dilancarkan bulan ini.
NOORFAZNITA bersama pek baharu Simpul Crispy yang bakal dilancarkan bulan ini.
Oleh Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Bermula dengan hanya 500 pek Simpul Crispy, siapa sangka produk keluaran Riqista kini mampu mencapai hingga 4,000 pek terjual dalam masa sebulan walaupun baru lima bulan di pasaran.

Ia adalah berkat pengeluaran pada Julai tahun lalu dengan adanya ejen dan stokis yang agresif serta berdedikasi hingga Simpul Crispy mendapat sambutan luar biasa.

Pengasas Riqista, Noorfaznita Abd Rasid atau lebih dikenali sebagai Mami Nita berkata, penjenamaan produk Simpul Crispy ini diambil atas kerangupan popia simpul asli dari turun temurun serta didatangkan dengan dua rasa berbeza.

"Malah, produk Simpul Crispy ini juga tercetus memandangkan anak-anak amat menggemari popia simpul ini.

"Setakat ini kami menyediakan dua variasi rasa Simpul Crispy iaitu perisa asli yang mengandungi serunding ikan segar dan satu lagi Cheesy Spicy.

"Uniknya produk kami adalah Cheesy Spicy didatangkan dalam satu pek kecil diasingkan di dalam Simpul Crispy dan pelanggan boleh menuangkan perisa berkenaan mengikut cita rasa masing-masing

"Cheesy Spicy kami olah sendiri untuk mencipta kelainan iaitu keju pedas berbeza daripada produk lain di luar sana," katanya.

Bagi pek 250 gram, ia dijual pada harga RM18 sahaja di Semenanjung Malaysia dan RM21 di Sabah serta Sarawak.

Simpul Crispy sesuai dimakan semua peringkat usia dan produk 100 peratus keluaran Muslim Bumiputera.

"Kami juga akan menukar pek Simpul Crispy menjadi lebih menarik dan akan memperkenalkan Simpul Crispy dalam satu kotak bersama tiga pek mudah dibawa Januari ini.

"Bagaimanapun, kami ingin lebih mengukuhkan produk ini dan meningkatkan pengetahuan jenama kami di pasaran tempatan," katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap produk keluaran Riqista dapat menembusi pasaran luar negara dalam masa tiga tahun, selain mempunyai cawangan sendiri serta semakin dikenali ramai.

Menurutnya, pihaknya juga kini membuka peluang kepada individu berminat menambah pendapatan sampingan bersama Riqista dengan modal serendah RM138.60 sahaja.

Bagi yang berminat boleh layari laman rasmi di Facebook Riqista HQ atau terus hubungi 011-6240 9240.

Usahawan PKS dijemput sertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 8:08 AM