AHMAD Arif Danial bersama produk, Jeju Milk.
AHMAD Arif Danial bersama produk, Jeju Milk.
Oleh Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Produk makanan tambahan keluaran Jeju Cosmetics, Jeju Milk dihasilkan bagi membantu meningkatkan kecantikan kulit wajah pengguna.

Pengasasnya, Ahmad Arif Danial Bahari Hisham berkata, produk berasaskan susu berkenaan adalah produk keempat dikeluarkan Jeju Cosmetics selepas sabun muka, serum dan losyen.

"Jeju Milk mengandungi bahan premium seperti ekstrak sarang burung walit, ekstrak madu, vitamin C dan mutiara bagi memberi kesan kulit lebih halus dan lembut.

"Kami menerima pelbagai maklum balas positif daripada pelanggan tanpa mengira bangsa sehingga dari Singapura," katanya.

Katanya, bagi mendapatkan kesan pantas, Jeju Milk sesuai dinikmati dua kali sehari iaitu pada waktu pagi untuk mengenyangkan dan malam sebelum tidur.

Katanya, pihaknya menitikberatkan kualiti terbaik untuk pelanggan dan memastikan kilang pengeluarannya mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta mendapat kelulusan halal daripada amalan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Dalam pada itu, Ahmad Arif Danial berkata, pelanggan boleh mendapatkan produk keluarannya di pasaran pada harga RM79 untuk satu botol 550 gram.

Kongsi usahawan muda berusia 24 tahun ini, Jeju Milk diperkenalkan di pasaran pada Julai tahun lalu dengan jualan hanya 1,000 unit.

"Namun, dalam masa lima bulan di pasaran, kami menjual Jeju Milk sehingga 10,000 botol sebulan.

"Melihat kepada sambutan ini, tidak mustahil kami mencapai sasaran penjualan sehingga 100,000 unit pada tahun ini," katanya.

Selain perisa asli, Jeju Milk juga dalam perancangan menambah satu lagi perisa baharu pada Ramadan tahun ini.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 7:35 AM