PERSEMBAHAN turut mendapat iktiraf.
PERSEMBAHAN turut mendapat iktiraf.
Nurul Husna Mahmud

PENULARAN pandemik Covid-19 nyata memberi impak langsung kepada semua industri termasuk industri kreatif.

Industri kreatif yang dibarisi artis kraf dan kumpulan penggiat seni persembahan terjejas pendapatan sehingga mendorong golongan ini untuk beralih kepada budaya perniagaan atau penyediaan khidmat dalam norma baharu demi kelangsungan hidup.

Itu antara solusi 30 usahawan dan artis daripada pelbagai latar seni bergabung mewujudkan platform maya, The Artisans Haven untuk memastikan kelangsungan industri kreatif.

Platform itu tampil dengan konsep menggabungkan pengkarya, peruncit atau pemilik bazar atas talian dengan pendekatan unik, apabila penawaran produk kualiti dan konsep perniagaan berbeza daripada portal e-dagang sedia ada.

Menurut kuratornya, Jade Lee, konsep galeri maya itu berbeza daripada portal e-dagang kerana tidak bersandarkan keuntungan semata-mata dan lebih fokus kepada memperkenalkan produk atau servis artis dalam The Artisans Haven.

JOANNA perkenal persembahan seni pentas kaedah tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
JOANNA perkenal persembahan seni pentas kaedah tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

JADE (kiri) bersama teman pengasas bangun platform digital artis.
JADE (kiri) bersama teman pengasas bangun platform digital artis.

"Kami mengumpul artis, peruncit dan usahawan untuk saling membantu dalam satu platform, sekali gus memberi impak dalam dunia digital.

"Malah, kami juga mahu pengguna beli produk atau servis artis terbabit selepas terkesan dengan kegigihan dan kisah mereka," katanya.

Tambah Jade, meskipun terdapat sejumlah caj dikenakan kepada 'penyewa' galeri namun ia bertujuan untuk kerja promosi selain kos operasi menyelenggara platform terbabit.

Ketika ini pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 500 artis atau pemilik bazar kreatif tempatan boleh bergabung dalam platform itu sebagai pusat sehenti seni kreatif.

Merujuk kepada kolaborasi itu, kata Jade, semua itu inisiatif itu didorong inspirasi artis tempatan berjaya dalam bidang masing-masing termasuk Pengasas Enfinity Academi, Joanna Bessy yang turut mengembangkan kelas dan persembahan menerusi platform atas talian.

PLATFORM digital yang digunakan Tina untuk memasarkan produk barangan kemas rekaannya.
PLATFORM digital yang digunakan Tina untuk memasarkan produk barangan kemas rekaannya.

KARYA Tina mendapat pengiktirafan antarabangsa.
KARYA Tina mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Kami mahu menyumbang kepada membina generasi bukan sahaja bijak pada buku, tetapi mempunyai kepintaran segi emosi, bertamadun, kreatif dan berfikiran inovatif. Itu penting sebagai pemimpin masa depan," katanya.

Pendekatan persembahan seni dibawa artis itu banyak membantu tingkatkan kemahiran verbal dan keyakinan untuk berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Selain Joanna, Tina Winness dari Alti Designer antara pereka dari Alti Design yang pernah memenangi Iron A'Design Awarddi Itali 2019 turut dijadikan rujukan penyedia platfrom terbabit.

Tina menyarankan untuk setiap artis supaya terus giat berkarya dalam menghasilkan rekaan terbaik.

"Saya mahu memberi kesedaran mengenai kepentingan dalam proses pembuatan barang kemas bermula dengan peringkat rekaan lagi.

"Dengan harapan orang tidak merujuk barang kemas hanya pada paparan kedai atau jenama tersohor semata-mata berbanding melihat ia satu hasil seni perlu dihargai," katanya.

TINA mahu rancakkan industri pembuatan barang kemas.
TINA mahu rancakkan industri pembuatan barang kemas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 6:30 AM