Azharudin dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HSI. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
Azharudin dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HSI. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
Zul Ikhwan Muhammad


KANAK-kanak berusia tujuh tahun patah kaki kiri akibat tersepit pada rantai motosikal ketika membonceng dengan ibunya di Kampung Teriang, Endau, Johor, semalam.

Kejadian menimpa Azharudin Zahalan itu berlaku pada 1.30 tengah hari ketika dia membonceng motosikal yang ditunggang ibu untuk ke sekolah agama berhampiran rumah.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian membantu mengeluarkan kaki murid Sekolah Kebangsaan (SK) Teriang, Endau itu dan menghantarnya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Bagaimanapun, Azharudin dirujuk ke Hospital Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Keadaan mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HSI.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2017 @ 4:45 PM